Bayi tujuh bulan maut ditembak tentera Israel

FOTO REUTERS

HEBRON, 6 Jun – Sebuah keluarga Palestin hari ini mengadakan upacara pengebumian bayi lelaki mereka yang berusia tujuh bulan, selepas mangsa maut ditembak oleh tentera Israel dalam satu insiden di Hebron.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kesihatan mengesahkan Sam Fahd Abu Haikal meninggal di tempat kejadian di Tel Rumeida; kedua ibu bapa cedera.
  • Bapa berkata mereka memberhentikan kenderaan selepas terlihat tentera dan trak askar berhampiran pos kawalan.
  • Tiba-tiba tembakan dilepaskan; sebutir peluru menembusi cermin hadapan, mengenai lengan bapa, kepala anak, dan muka isteri.
  • Tel Rumeida sering menjadi kawasan panas di Tebing Barat dengan pendatang Yahudi tinggal bawah perlindungan ketenteraan ketat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa, Sam Fahd Abu Haikal, meninggal dunia di tempat kejadian di kawasan Tel Rumeida, manakala kedua-dua ibu bapanya mengalami kecederaan akibat kesan tembakan.

Bapa mangsa, Fahd Abu Haikal berkata ketika kejadian mereka sekeluarga bertindak memberhentikan kenderaan selepas melihat kelibat tentera dan trak askar Israel dari jarak jauh berhampiran sebuah pos kawalan.

“Secara tiba-tiba tembakan dilepaskan ke arah kami. Sebutir peluru telah menembusi cermin hadapan kereta, terkena lengan saya, sebelum terus terkena pada bahagian kepala anak saya dan muka isteri saya,” katanya di sini.

Kawasan Tel Rumeida di Hebron merupakan antara lokasi panas yang sering menyaksikan keganasan di Tebing Barat, di mana pendatang haram Yahudi tinggal di bawah perlindungan ketenteraan yang ketat di tengah-tengah komuniti majoriti Palestin.  -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.