fb fb fb fb fb

Ringgit di kedudukan pertama mengatasi mata wang sembilan negara serantau lain - MOF

Ringgit berada di kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan bulan ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Ringgit berada di kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan bulan ini.

Pencapaian itu didorong peningkatan nilai mata wang tempatan yang dipacu tindakan bersepadu Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tiga bulan lalu.

MOF memaklumkan, ringgit meningkat 2.0-peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dari 26 Februari hingga 17 Mei tahun ini.

Manakala dolar Singapura, yuan China, rupee India dan baht Thailand masing-masing susut -0.2 peratus, -0.4 peratus, -0.7 peratus dan 1.0 peratus.

"Strategi bersepadu Kerajaan MADANI membolehkan ringgit mengukuh dengan purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat kepada US$17.6 bilion (US$1 = RM4.71) dalam tempoh itu," kata MOF menerusi kenyataan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menggalakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membawa pulang pendapatan langsung asing dan meningkatkan interaksi dengan pengeskport untuk menukar hasil kepada ringgit.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN