fb fb fb fb fb

Prestasi perdagangan, eksport & import Malaysia meningkat, cecah RM2.897 trilion

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Prestasi perdagangan, eksport dan import kembali meningkat pada tahun 2024 dengan nilai perdagangan mencecah RM2.879 trilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi kenyataan berkata, ia naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi aras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.

Begitu juga, eksport melebihi jumlah RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion.

Jumlah ini melepasi 87.2 peratus daripada sasaran eksport yang ditetapkan untuk tahun 2025 bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Sementara itu, import meningkat 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion, melepasi aras RM1 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut.

Prestasi kukuh tersebut telah menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM136.88 bilion, yang ke-27 tahun berturut-turut sejak 1998.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE