fb fb fb fb fb

Pengurangan pengeluaran minyak sukarela dilanjutkan

Foto BERNAMA

VIENNA, 4 November- Lapan negara anggota kumpulan pengeluar minyak OPEC+, melanjutkan pengurangan pengeluaran sukarela sehingga akhir Disember ini.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap harga minyak yang lemah berikutan kebimbangan kepada permintaan global yang perlahan.

Pelarasan pengeluaran sejak November 2023, melibatkan pengurangan sebanyak 2.2 juta tong sehari.

Negara terlibat turut mengulangi komitmen untuk mencapai pematuhan penuh bagi sasaran pengeluaran masing-masing serta mengimbangi sebarang pengeluaran berlebihan menjelang September 2025.

Langkah memulihkan semula bekalan sepatutnya bermula bulan depan, dengan meningkatkan pengeluaran 180 ribu tong sehari secara berperingkat.

Ia merupakan penangguhan kali kedua, sejak pelarasan sukarela tambahan diumumkan pada April dan November 2023.

Trainee2