PRN Johor : 56.77% pengundi telah tunai tanggungjawab

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Julai – 56.77 peratus atau 1,522,961 daftar pemilih telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 3 petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPR memaklumkan melalui hantaran Facebook mengenai peratusan keluar mengundi mengikut DUN.
  • DUN Semarang mencatat keluar mengundi tertinggi iaitu 66.1 peratus.
  • DUN Sri Medan 64.4 peratus dan DUN Penawar 64.2 peratus turut mencatat kadar tinggi.
  • Peratusan keluar mengundi terendah dilaporkan di DUN Perling 50.3, Bentayan 49 dan Penggaram 48.8 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.1, diikuti DUN Sri Medan (64.4%) dan DUN Penawar (64.2%).

“Sementara itu, peratusan keluar mengundi terendah dicatatkan di DUN Perling (50.3%), DUN Bentayan (49%) dan DUN Penggaram (48.8%),”menurut hantaran berkenaan.

Sebagai perbandingan, angka keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 adalah 45.39 peratus atau 1,168,809 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.