Penunaian STR secara bersemuka elak keciciran penerima

Foto BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS, 11 Julai – Penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada komuniti Orang Asli di sini terus diperkukuh menerusi Program Penunaian STR 2026 bagi memastikan golongan yang tiada akaun bank tidak tercicir daripada menerima bantuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih RM60,000 diagihkan kepada lebih 100 penerima semasa program penunaian.
  • Program turut menyediakan pembukaan akaun BSN, semakan STR, kemaskini JAKOA, urusan MyKad, sijil kelahiran serta pendaftaran MySalam dan SARA.
  • Inisiatif ini memastikan penerima tanpa akaun bank tidak tercicir dan perkhidmatan awam sampai ke kawasan luar bandar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata hampir 2,500 isi rumah Orang Asli di Cameron Highlands merupakan penerima STR.

“Lebih RM60,000 diagihkan kepada lebih 100 penerima yang hadir. Selain penunaian STR secara tunai, program itu turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan termasuk pembukaan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), semakan STR, pengemaskinian maklumat JAKOA, urusan MyKad dan sijil kelahiran serta pendaftaran MySalam dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” beliau menambah.

“Kita adakan program penunaian ini sebab ada daripada mereka yang tidak ada akaun bank. Usaha berkenaanbagi memastikan perkhidmatan awam itu sampai kepada semua pelusuk peringkat termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Kerajaan turut menyasarkan 10 program penunaian STR khusus untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Penunaian STR di Dewan Datuk Mohd Nor @ Bah Ayob, Kampung Orang Asli Menson di sini.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor, merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.