PRN Johor : Lebih 63% pengundi tunai tanggungjawab setakat 4 petang

Foto BERNAMA 

JOHOR BAHRU, 11 Julai – 63.13 peratus atau 1,693,625 daftar pemilih telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 4 petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPR memaklumkan DUN Semarang catat peratus keluar mengundi tertinggi 72.6%, diikuti Sri Medan 71.6% dan Sedili 70.5%.
  • Peratusan keluar mengundi terendah dicatatkan di DUN Penggaram 56.5%, serta Bentayan dan Perling masing-masing 56.1%.
  • SPR menyampaikan maklumat tersebut melalui hantaran di Facebook.
  • Perbandingan: pada tempoh sama PRN Johor ke-15 angka keluar mengundi lebih rendah iaitu 49.63% atau 1,277,931 pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 72.6 diikuti DUN Sri Medan (71.6%) dan DUN Sedili (70.5%).

“Sementara itu, peratusan keluar mengundi terendah dicatatkan di DUN Penggaram (56.5%) dan DUN Bentayan serta DUN Perling masing-masing mencatatkan 56.1%,”menurut hantaran berkenaan.

Sebagai perbandingan, angka keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 adalah 49.63 peratus atau 1,277,931 orang daripada lebih 2.57 juta pengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.