fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM33.33 bilion dan RM33.19 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

BNM juga akan mengadakan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk jangka masa 31 hari dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM600 juta (tujuh hari) dan tender RM400 juta (14 hari).

Selain itu, ia turut mengumumkan terbitan tender Bank Islam Antara Bank Bank Negara pada 6 Dis bernilai RM2.5 bilion selama 33 hari, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM32.2 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN