fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR dijangka kekal lengang minggu depan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Kontrak hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir, dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Bulan semerta Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan September 2024 masih tidak berubah pada 96.45.

Sepanjang minggu, pendasar tiga bulan KLIBOR berada pada 3.59 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF