MyCare Johor sasar kutipan RM150,000 bina semula Gaza

Foto FAIL

JOHOR BAHRU, 12 Julai – MyCare Johor menyasarkan kutipan RM150,000 sempena Jelajah MyCare Road Tour (MRT) 4.0 yang bermula 8 Ogos depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dana akan digunakan untuk membina semula Gaza, Palestin.
  • Rozi Abdul Ghani menyatakan penduduk Gaza memerlukan sokongan untuk membangunkan semula selepas peperangan.
  • Pelancaran MRT 4.0 melibatkan kerjasama MyCARE Johor dan Pasaraya Econsave Cash And Carry.
  • Sejak Januari, Pasaraya Econsave mengumpul RM1.3 juta untuk bantuan seperti air bersih, pembinaan sekolah dan makanan.

Dana berkenaan menurut Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani bagi merealisasikan projek membina semula Gaza, Palestin.

“Mereka berdepan kesukaran selepas perang. Justeru mereka memerlukan sokongan daripada kita agar mereka dapat membangunkan semula apa yang telah musnah ketika peperangan,” katanya.

Beliau ditemui selepas pelancaran MRT 4.0 melibatkan MyCARE Johor dan Pasaraya Econsave Cash And Carry di sini.

Sementara itu Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata sejak Januari hingga kini, sebanyak RM1.3 juta dana berjaya dikumpul bagi membantu penduduk Gaza.

Antara bantuan diberikan adalah bekalan air bersih, membina semula sekolah dan bekalan makanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.