fb fb fb fb fb

MDV rancang perluas pembiayaan projek MRO sektor penerbangan dan perubatan

Ketua Pegawai Perniagaan MDV, Marazizi Omar

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) merancang untuk meluaskan pembiayaan melibatkan projek penyelenggaraan, pembaikpulihan dan operasi (MRO) dalam sektor penerbangan dan perubatan, tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Marazizi Omar berkata, MDV menyasarkan pembiayaan berjumlah RM100 juta bagi syarikat atau kontraktor yang melaksanakan projek berkaitan MRO.

Bercakap kepada RTM, beliau berkata MDV telah menawarkan pembiayaan kepada vendor yang menjalankan MRO bagi projek pengangkutan awam seperti komuter dan Transit Aliran Ringan; LRT.

Agensi pembiayaan itu juga bersedia membiayai projek-projek infrastruktur mega dengan menyalurkan dana kepada sub-kontraktor dan vendor terlibat.

Tambahnya, sebanyak 80 peratus projek melibatkan pembinaan menara telelekomunikasi 3G dibiayai MDV.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE