KUALA LUMPUR, 27 Mei -Maybank Investment Bank,Maybank IB mengekalkan ramalan inflasi keseluruhan 2.4 peratus bagi tahun ini.
Unjuran itu mencerminkan risiko menaik kepada inflasi untuk tempoh akan datang, terutamanya didorong rasionalisasi subsidi bahan api.
Menerusi nota penyelidikannya, Maybank IB menjangkakan, inisiatif rasionalisasi subsidi diesel akan mula dilaksanakan bulan depan.
Selain itu, kumpulan makanan dan minuman merupakan komponen utama dalam Indeks Harga Pengguna; IHP yang perlu dipantau untuk tempoh akan datang.
Fenomena El Nino dan ketidakstabilan inflasi harga makanan global serta kos baja dan makanan ternakan yang tinggi dijangka dijangka mempengaruhi sumbangan komponen itu kepada kadar inflasi.
Bagi April 2024, kadar inflasi keseluruhan Malaysia yang diukur menerusi Indeks Harga Pengguna; IHP kekal rendah pada 1.8 peratus