fb fb fb fb fb

Malaysia yakin jadi kuasa besar semikonduktor serantau

Tengku Datuk Seri Zafrul ditemui media selepas Pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2024

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Menerusi asas kukuh dalam semikonduktor, Malaysia yakin dapat menjadi sebagai kuasa besar sektor ini dan hab pembuatan serantau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia dapat dicapai dengan menarik lebih banyak lagi pelaburan sekali gus memacu nilai rantaian global.

"18 bulan yang lalu, Malaysia telah menarik perhatian beberapa syarikat elektronik terbesar dan canggih di dunia termasuk industri gergasi seperti Intel, GlobalFoundries, Infineon, Neways dan lain-lain. Ia meningkatkan lagi rantaian bekalan dan akses pasaran,"katanya.

Beliau yang bercakap kepada media selepas Pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2024 turut menambah, pendirian tegas Malaysia mengenai neutraliti geopolitik dan diplomasi pelaburannya yang cekap, meningkatkan lagi daya tarikan sebagai hab semikonduktor global.

Selain, mempunyai kekuatan bertaraf dunia dari segi kemudahan pembuatan, pusat penyelidikan dan pembangunan yang inovatif serta tenaga kerja berkemahiran tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE