Bursa Malaysia diramal diniagakan dalam jajaran kecil

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan untuk meningkat minggu depan, pada paras antara 1,740 dan 1,750 mata.

RINGKASAN BERITA AI
  • Asas domestik yang berdaya tahan terus menyokong bursa tempatan.
  • Pertumbuhan ekuiti serantau boleh menyebabkan aliran keluar pelabur dari FBM KLCI kerana komposisi defensif dan pendedahan terhad sektor pertumbuhan.
  • Pemangkin utama termasuk harga minyak, perkembangan konflik Iran-AS dan data aktiviti China.
  • Risiko: jualan runcit tinggi boleh picu ambil untung; pantau pendapatan saham teknologi dan kecerdasan buatan.

Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata asas domestik negara yang berdaya tahan akan terus menyokong bursa tempatan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pertumbuhan ekuiti serantau yang bertambah baik boleh menyebabkan aliran keluar pelabur dari FBM KLCI, berikutan komposisinya yang agak defensif dan pendedahan yang terhad kepada sektor pertumbuhan tinggi.

”Pemangkin utama termasuklah harga minyak, perkembangan konflik Iran-Amerika Syarikat (AS) dan data aktiviti China pada Julai.

“Secara keseluruhan, kami yakin pasaran akan meningkat dari semasa ke semasa, namun kami tidak merasakan indeks kekal pada paras semasa, kerana kenaikan seterusnya pasaran serantau berkemungkinan memberi sokongan kepada pasaran dan sektor yangDi papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.81 mata kepada 12,815.44, Indeks 100 Teratas FBM turun 33.94 mata kepada 12,626.26, dan Indeks Syariah FBM Emas berkurangan 34 mata kepada 12,629.23. mempunyai potensi pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh,” kata Sedek.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee pula berkata pasaran tidak berada dalam tekanan sejak beberapa hari lepas disokong data inflasi AS yang semakin mereda.

“Bagaimanapun, jika jualan runcit akan datang tinggi, kita mungkin akan melihat kemunculan aktiviti pengambilan untung. Kami akan memantau pendapatan daripada saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 8.36 mata kepada 1,727.39 daripada 1,735.75 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.81 mata kepada 12,815.44, Indeks 100 Teratas FBM turun 33.94 mata kepada 12,626.26, dan Indeks Syariah FBM Emas berkurangan 34 mata kepada 12,629.23.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 66.67 mata kepada 18,18,293.19 manakala Indeks FBM ACE melonjak 214.83 mata kepada 5,294.78.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.