fb fb fb fb fb

Kesilapan pelaporan data ringgit, Google Malaysia mohon maaf

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Google Malaysia memohon maaf atas kesilapan pelaporan data membabitkan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat sebelum ini.

Syarikat teknologi itu telah menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran bagi membetulkan kekeliruan tersebut.

Menerusi responnya kepada hantaran Bank Negara Malaysia di laman X, Google Malaysia turut menjelaskan isu itu kini telah diselesaikan.

Google menyatakan bahawa kadar pertukaran mata wang di lamannya disediakan sebagai tujuan penerangan.

Sebarang keputusan berkaitan kewangan, harus merujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

Google sebelum ini menerbitkan kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat pada 15 Mac lalu.

Kejadian itu merupakan insiden kedua, selepas pelaporan pertama pada 6 Februari lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM