fb fb fb fb fb

Kerajaan sokong pelaksanaan penetapan gaji, tarik pelaburan dan wujudkan peluang ekonomi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kerajaan akan terus menyokong penetapan gaji yang adil, menarik pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi.

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kesemua pelaksanaan langkah itu akan memastikan pertumbuhan ekonomi dirasai oleh semua rakyat.

"Masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kita berada di landasan yang betul.

"Ini tentang rakyat. Tentang pekerjaan, perniagaan, dan peluang yang meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia," menurut hantaran itu.

Prestasi ekonomi berkembang 5.1 peratus tahun lalu, didorong pelbagai faktor antaranya pelaburan, sektor pembinaan dan perbelanjaan rakyat lebih kukuh.

Menurut Rafizi pertumbuhan yang dicatatkan itu mengatasi Indonesia (5.0 peratus) dan Singapura (4.0 peratus), serta melebihi ekonomi utama seperti China (5.0 peratus), Korea Selatan (2.0 peratus), dan Amerika Syarikat (2.8 peratus).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI