fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM31.30 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.86 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional RM500 juta masing-masing bagi tujuh hari dan 15 hari, serta satu tender Qard RM300 juta untuk tujuh hari.

BNM juga akan melaksanakan dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing untuk 32 hari dan 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM18.6 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI