fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Januari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.09 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM36.41 bilion.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi tender bernilai RM800 juta selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 14 hari.

Ia juga akan menawarkan tender Qard bernilai RM1.4 bilion selama tujuh hari serta tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM35 bilion. -- BERNAMA

 

GRACE AISYAH KEDAYAN