fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.50 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.76 bilion dalam dana Islam. 

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM2.9 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta untuk 91 hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.4 bilion dan RM24.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA