fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.72 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.7 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI