fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.69 bilion daripada RM30.03 bilion pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM10.51 bilion daripada RM17.63 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, bank pusat menjalankan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik semalaman Islam.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM10.50 bilion, kedua-duanya bagi kematangan sehari.

Setakat 11 Oktober, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA