fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM24.78 bilion berbanding RM26.64 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM15.00 bilion daripada RM15.63 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM15.00 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 15 April, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF