fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM26.54 bilion daripada RM24.04 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM20.53 bilion daripada RM21.74 bilion minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 4 April. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF