fb fb fb fb fb

Jualan PROTON melonjak 13.6 peratus kepada 12,522 unit pada Mei

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Jun- PROTON mencatat jualan sebanyak 12,422 unit kenderaan Mei lepas, meningkat 13.6 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Untuk lima bulan pertama, lebih 62,000 unit kenderaan terjual, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama itu dalam senarai keseluruhan jualan automotif negara.

Prestasi itu menjadikan pegangan pasarannya pada 19 peratus ketika ini.

Pertumbuhan jualan yang direkodkan, selaras trend jumlah volum industri; TIV yang dianggarkan meningkat 20.7 peratus, kepada 70,000 unit pada Mei.

Strategi pengembangan dan pembinaan semula jenamanya di beberapa negara seperti Trinidad dan Tobago, Bangladesh dan Iraq membuahkan hasil apabila jualan eksport mencecah 509 unit pada bulan sama.

Untuk separuh kedua tahun ini, PROTON memberi fokus kepada peningkatan jualan melalui kemas kini model sedia ada serta penyertaannya dalam pasaran kenderaan elektrik.

Dengan memanfaatkan kekuatan rakan kongsi kami, Geely, persoalannya bukanlah sama ada tetapi bila PROTON akan mendedahkan kenderaan elektrik kami sendiri, jadi sila menumpukan perhatian kerana terdapat banyak pengumuman menarik tidak lama lagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE