fb fb fb fb fb

EXIM Bank lancar Inisiatif Global Hijau dengan Dana RM1.5 Bilion

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM dengan pembiayaan berjumlah RM1.5 bilion menjelang 2027.

Inisiatif tersebut bertujuan menyokong usaha syarikat tempatan mempercepat kelestarian alam sekitar, khususnya dalam sektor eksport.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu selari dengan misi ketiga Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, membantu syarikat tempatan mencapai standard Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Cabaran utama adalah pembiayaan bagi kapasiti pembinaan dan pelaburan dalam peralihan industri ke arah kelestarian hijau. Inisiatif tersebut melibatkan tiga langkah transformasi untuk menyelaraskan syarikat dengan piawaian kelestarian global di pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM di ibu negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN