
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertemuan dilaporkan melalui hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Perjumpaan berlangsung di Istana Bukit Tunku, ibu negara.
- Baginda menerima taklimat mengenai keselamatan dan ketenteraman awam negara.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Tan Sri Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku, di ibu negara.
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sembah taklimat daripada Tan Sri Mohd Khalid mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam negara semasa sesi mengadap berkenaan.