fb fb fb fb fb

Dagangan Bursa Malaysia rendah pada sesi tengah hari

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi rendah apabila pelabur masih mengambil sikap berhati-hati menjelang minggu pelaporan pendapatan bagi syarikat bermodal mega seperti Microsoft, Alphabet, Meta dan Amazon, kata seorang peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.18 mata kepada 1,433.94 daripada penutupan Isnin pada 1,438.12.

Indeks utama yang dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,438.28 dilihat berlegar antara 1,430.15 dan 1,440.28 di sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 363 berbalas 338, manakala 431 kaunter tidak berubah, 1,236 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan 1.54 bilion unit bernilai RM850.90 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa - Maybank dan CIMB masing-masing susut tiga sen kepada RM8.96 dan RM5.63, Public Bank turun satu sen menjadi RM4.15 dan Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM9.81 manakala Petronas Chemicals meraih sembilan sen kepada RM7.16.

Bagi saham aktif, IOI Properties tidak berubah pada RM1.82, HSSEB berkurangan satu sen menjadi 86.5 sen, Widad turun tujuh sen kepada 46.5 sen, Metronic rendah setengah sen kepada 1.5 sen manakala Revenue Group menambah dua sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.32 mata kepada 10,567.48, Indeks FBMT 100 kehilangan 13.26 mata menjadi 10,248.19, Indeks FBM Emas Syariah lemah 7.49 mata kepada 10,789.68 dan Indeks FBM ACE kerugian 27.69 mata kepada 4,997.01.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 54.55 mata kepada 13,909.36.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.29 mata pada 170.54, Indeks Perladangan susut 14.34 mata menjadi 6,859.27, Indeks Tenaga turun 1.76 mata kepada 866.18 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 43.41 mata kepada 16,160.41.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN