
ANDERNOS-LES-BAINS, 26 Julai – Seramai 55,000 lagi penduduk di pinggir Bordeaux, Gironde, diarahkan berpindah pada Sabtu susulan kebakaran hutan yang semakin merebak ke arah bandar itu.
- Kebakaran merebak ke arah Bordeaux dan pedalaman, menyebabkan pemindahan penduduk dari pinggir bandar dan bandar pantai.
- Jumlah keseluruhan dipindahkan hampir 197,000 orang di wilayah Gironde dan Landes.
- Angin kencang menyemarakkan api dan mempercepatkan penyebaran, menyukarkan usaha pemadaman.
- Anggota bomba bekerja lewat malam untuk mengawal kebakaran di kawasan hutan pine yang popular sebagai destinasi pelancongan.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan penduduk yang dipindahkan di Gironde dan Landes, barat daya Perancis, sejak kebakaran tercetus minggu ini meningkat kepada kira-kira 197,000 orang.
Anggota bomba terus bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sehingga lewat malam dalam usaha mengawal api yang semakin marak.
Angin kencang memburukkan keadaan dengan menyemarakkan api dan mempercepatkan penyebarannya.
Terdahulu, kebakaran yang bermula di kawasan pesisir barat daya Perancis itu merebak ke kawasan pedalaman menuju Bordeaux, sekali gus memaksa ribuan penduduk di pinggir bandar berkenaan serta beberapa bandar berhampiran pantai Atlantik dipindahkan.
Kawasan pesisir berhampiran Bordeaux merupakan destinasi pelancongan popular yang dipenuhi pokok pine. -REUTERS