Iran jual AS$18 bilion minyak semasa perang, gencatan senjata

Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan strategik di rantau Asia Barat – Foto AFP

TEHRAN, 26 Julai – Iran berjaya menjual minyak bernilai keseluruhan AS$18 bilion sepanjang tempoh perang dan gencatan senjata dengan Amerika Syarikat, (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Iran umumkan AS$11.5 bilion hasil jualan minyak dicatat semasa perang.
  • AS$6.5 bilion direkodkan sepanjang tempoh gencatan senjata.
  • Perjanjian gencatan senjata April tamatkan pertempuran, namun permusuhan kembali awal Julai atas kawalan Selat Hormuz.

Kementerian Iran menerusi kenyataan dalam laman sesawang rasminya memaklumkan, AS$11.5 bilion dicatatkan semasa perang manakala AS$6.5 bilion direkodkan sepanjang tempoh gencatan senjata.

” Jumlah itu meliputi 60 peratus hasil minyak yang diunjurkan dalam belanjawan tahunan walaupun negara berdepan krisis.” tambah kenyataan itu.

Pada penghujung Jun, Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf yang juga ketua perunding Iran berkata, republik Islam itu tidak lagi mampu mengeksport minyak semasa AS melaksanakan sekatan ke atas semua pelabuhannya.

Serangan AS dan Israel ke atas Iran telah mencetuskan peperangan pada 28 Februari, sekali gus mendorong Tehran bertindak balas dengan menyerang sekutu-sekutu AS di rantau tersebut.

Perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada April sebahagian besarnya menamatkan pertempuran, namun permusuhan kembali tercetus pada awal Julai apabila kedua-dua pihak terus bertelagah untuk menguasai Selat Hormuz. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.