fb fb fb fb fb

Brahim's Food Services, peneraju utama makanan halal penerbangan dunia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Peneraju utama dalam penyediaan makanan halal penerbangan, Brahim’s Food Services Sdn Bhd kini menyediakan makanan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa.

Ini meliputi Qatar Airways, Japan Airlines dan Turkish Airlines.

Melalui satu kenyataan pihaknya memaklumkan, pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran penyediaan makanan halal bagi penerbangan global.

Brahim’s Food Services mencatatkan keuntungan kira-kira RM12 juta bagi tahun kewangan berakhir 2023 walaupun menghadapi cabaran.

Kejayaan kewangan berkenaan menunjukkan ketahanan dan model perniagaan yang kukuh dalam kumpulan syarikatnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE