TH perkenal Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito’ah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 September – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito’ah bagi membantu rakyat Malaysia membuat persediaan menunaikan ibadah Haji secara lebih sistematik, mudah dan lancar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendeposit layak secara automatik dalam giliran Haji apabila baki simpanan mencapai minimum RM15,000.
  • Pendeposit berdaftar diberi masa sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000.
  • Mulai 1 Januari 2029, giliran Haji disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran serta pencapaian baki simpanan minimum.

Inisiatif itu memberi fokus kepada usaha menggalakkan pendeposit memulakan persediaan lebih awal, menyimpan secara konsisten serta membuat persediaan rapi supaya dapat menunaikan Haji dalam tempoh yang lebih munasabah.

Menurut TH dalam satu kenyataan, pelan berkenaan menggantikan proses pendaftaran serta pengurusan giliran Haji sedia ada dengan pendekatan yang lebih sistematik dan dinamik, tanpa menjejaskan prinsip First-Come, First-Served.

“Pelan ini merupakan satu langkah penting dalam membantu rakyat Malaysia membuat persediaan menunaikan ibadah Haji secara lebih sistematik, mudah dan dapat direalisasikan,” menurut TH dalam kenyataannya.

Melalui pelan itu, pendeposit layak secara automatik berada dalam giliran Haji apabila baki simpanan mencapai minimum RM15,000.

Bagi pendeposit yang telah berdaftar, mereka diberi tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum berkenaan.

“Bagi pendeposit yang telah berdaftar, tempoh sehingga 31 Disember 2028 diberikan untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000,” menurut kenyataan itu.

Mulai 1 Januari 2029, giliran Haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran serta pencapaian baki simpanan minimum berkenaan.

Menurut TH, pendekatan itu lebih mudah dan adil selain mengiktiraf usaha pendeposit yang membuat persediaan secara konsisten.

“Pendekatan ini dilihat mudah dan adil, di samping mengiktiraf usaha pendeposit yang membuat persediaan secara konsisten,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.