fb fb fb fb fb

Wartawan tidak boleh jadi sasaran dan harus dilindugi - ICRC

Upacara pengebumian wartawan Palestin Saeed Al-Taweel dan Mohammad Sobh, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza/FOTO Anadolu/Getty Images

GAZA, 26 Oktober - Jawatankuasa Palang Merah (ICRC) menegaskan bahawa wartawan tidak boleh menjadi sasaran dan harus dilindungi seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa ( International humanitarian law).

Ketua Pengarah ICRC, Robert Mardini membuat kenyataan itu selepas kekejaman Israel membunuh ahli keluarga wartawan Al Jazeera, Wael Dahdouh dalam serangan udara terbaharu zionis itu.

Kenyataan Mardini dalam platform media sosial, X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) berkata seramai 23 wartawan dilaporkan terbunuh dalam serangan tanpa henti Israel pada 7 Oktober lalu.

"Ini sememangnya tidak boleh diterima. Wartwan dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa #IHL dan tidak boleh disasarkan," katanya.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan wartawan veterannya, Wael kehilangan isteri serta dua orang anaknya dalam serangan itu.

Kematian keluarga wartawan itu merupakan antara lebih 6,500 rakyat Palestin yang menjadi mangsa kerakusan rejim Israel dalam perang yang sudah berlarutan lebih dua minggu.

Wael disifatkan sebagai tulang belakang liputan serangan Israel di Gaza bagi stesen penyiaran antarabangsa itu.

Al Jazeera melaporkan, dua anak Wael yang syahid dalam serangan itu ialah Mahmoud, sedang belajar di sekolah menengah dan anak perempuannya, Sham yang berusia tujuh tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wartawan wanita Radio Al-Aqsa mangsa korban serangan Israel

Tiga ahli keluarga wartawan Al-Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel

Serangan roket Israel bunuh, cederakan wartawan - Tentera Lubnan

11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel

 

GRACE AISYAH KEDAYAN