fb fb fb fb fb

Wartawan wanita Radio Al-Aqsa mangsa korban serangan Israel

Wartawan wanita Radio Al-Aqsa dikatakan mempunyai kaitan dengan Hamas mangsa korban serangan udara Israel

GAZA, 26 Oktober -Wartawan wanita Radio Al-Aqsa dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Israel yang menyasarkan rumahnya di al-Zawiya.

Menurut portal Al Jazeera memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA) berkata mangsa dikenali sebagai Doaa Ashraf.

Bagaimanapun butiran mengenai identiti dan umur wartawan tersebut masih belum diketahui.

WAFA memetik saksi sebagai berkata bahawa pesawat perang Israel menyerang bertubi-tubi kediaman Sharaf yang terletak di kawasan Zawaida, selatan kem pelarian Nuseirat. 

Sementara itu, REUTERS melaporkan Doaa Ashraf mempunyai kaitan dengan Hamas.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mempunyai komen mengenai kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga ahli keluarga wartawan Al-Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel

11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel

GRACE AISYAH KEDAYAN