fb fb fb fb fb

16 maut dalam insiden tembakan di Maine

Seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek oleh polis kelihatan seperti memegang senapang semiautomatik, di Lewiston, Maine, AS/ REUTERS

PORTLAND, 26 Oktober- Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 50 hingga 60 cedera dalam insiden tembakan besar-besaran di Lewiston, Maine, lapor CNN, memetik beberapa sumber penguatkuasaan undang-undang.

Polis Negeri Maine dan sheriff daerah sebelum ini melaporkan terdapat penembak aktif pada malam Rabu tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Pejabat Syerif Daerah Androscoggin menyiarkan dua gambar suspek di Facebook, mengatakan mereka masih bebas.

Syerif daerah meminta bantuan orang ramai dalam mengenal pasti suspek yang digambarkan iaitu seorang lelaki berjanggut berbaju lengan panjang dan berseluar jeans memegang senapang dalam posisi menembak.

Pusat Perubatan Central Maine di Lewiston mengeluarkan satu kenyataan mengatakan pihaknya "bertindak balas segera terhadap mangsa yang terlibat dan menyelaraskan hospital di kawasan itu untuk mengambil pesakit.

Lewiston adalah sebahagian daripada daerah Androscoggin, kira-kira 35 batu (56 km) di utara bandar terbesar Maine, Portland. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI