fb fb fb fb fb

Kem pelarian di Gaza jadi sasaran serangan udara Israel

FOTO WAFA

GAZA, 26 Oktober- Serangan udara tentera rejim zionis 'semakin menggila' apabila turut menyasarkan kem pelarian Gaza dalam serangan malam tadi.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), sebilangan rumah penduduk di kem pelarian Nuseirat dan kem pelarian al-Maghazi musnah akibat dibom oleh tentera Israel.

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera, manakala usaha pencarian mangsa yang hilang di bawah runtuhan sedang giat dijalankan.

Dalam serangan tersebut, tiga ahli keluarga kepada Ketua Biro Al-Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh antara yang terbunuh selepas kediaman mereka di kem pelarian Nuseirat menjadi sasaran Israel.

Sementara itu, puluhan terkorban dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian al-Maghazi.

Pesawat zionis turut melepaskan beberapa peluru berpandu ke atas sebuah rumah penduduk di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

BERITA BERKAITAN:
Tiga ahli keluarga wartawan Al-Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel
WHO kutuk serangan maut ke atas hospital Gaza
Tindakan Israel bom hospital di Gaza adalah jenayah perang, biadab - Serantau Muslim

SITI AISHAH BINTI MD ISA