fb fb fb fb fb

Tiga ahli keluarga wartawan Al-Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel

Wael al-Dahdouh merapati jenazah anak lelakinya

GAZA, 26 Oktober- Tiga ahli keluarga Ketua Biro Al-Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh meninggal dunia selepas kediaman mereka di kem pelarian Nuseirat dekat tengah sini dibom tentera Israel menerusi serangan udara, semalam.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), mereka yang disahkan terkorban adalah isteri, anak perempuan dan anak lelaki al-Dahdouh.

Sementara itu, pencarian beberapa lagi ahli keluarganya yang hilang di bawah runtuhan sedang giat dijalankan.

Malam tadi, serangan udara Israel telah menyasarkan dua kediaman termasuk rumah Ketua Biro Al-Jazeera tersebut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA