fb fb fb fb fb

6,504 rakyat Palestin dibunuh Israel, 19,000 cedera

FOTO WAFA

RAMALLAH, 26 Oktober- Seramai 6,504 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 19,000 lagi cedera dalam serangan Israel terutama menerusi udara ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, 6,400 orang meninggal dunia di Semenanjung Gaza dengan 17,00 yang lain cedera.

Sementara di Tebing Barat, 105 orang meninggal dunia, manakala 900 lagi cedera.

Sebanyak 70 peratus daripada mangsa korban adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua, termasuk 2,500 kanak-kanak.

SITI AISHAH BINTI MD ISA