fb fb fb fb fb

Vietnam iktiraf 'pasport vaksin' dari 17 negara asing.

HANOI, 23 Mac- Vietnam mengiktiraf 'pasport vaksin' dari 17 negara asing.

Selain itu, Vietnam juga telah mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 dari 79 negara.

Jurucakap Kementerian Luar, Le Thi Thu Hang berkata, setakat 17 Mac Vietnam telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu dengan 17 negara.

Negara-negara itu ialah Australia, Belarus, Kemboja, Mesir, India, Jepun, Maldives, New Zealand, Palestin, Filipina, Saint Lucia, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kementerian Luar serta agensi perwakilan luar negara sedang aktif mengadakan rundingan untuk mempercepat pengiktirafan bersama 'pasport vaksin' dengan negara lain.

 (Rundingan sedang dilakukan untuk mempercepat pengiktirafan
'pasport vaksin' dengan negara lain -FOTO AFP)

Pemegang 'pasport vaksin' dari negara yang tersenarai akan mendapat keperluan perubatan yang sama seperti rakyat tempatan .

Senarai 'pasport vaksin' yang diiktiraf boleh didapati menerusi portal Jabatan Konsular Kementerian Luar.

Semalam, Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi masing-masing secara timbal balas.

Ini selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan perjalanan rakyat kedua-dua negara pada masa akan datang.

Media Baharu