fb fb fb fb fb

Ukraine cuba ganggu pengebom strategik Rusia

Anggota bomba Ukraine memadamkan kebakaran di bangunan kediaman di Kiev/ AFP

MOSCOW, 8 Julai- Rusia menggagalkan percubaan Kiev untuk memujuk juruterbang tentera Rusia supaya belot dalam pengeboman strategiknya ke wilayah yang dikuasai Ukraine.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) dalam satu kenyataan berkata, "perkhidmatan rahsia negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)" terlibat dalam rancangan untuk menangkap pesawat pengebom TU-22M3.

Ukraine telah menjanjikan pampasan kewangan juruterbang dan kewarganegaraan Itali untuk pengebom itu.

FSB telah mendapatkan maklumat semasa operasi intipan balas yang membenarkan tentera Rusia menyerang pangkalan udara di Ukraine.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, tentera Rusia telah melakukan beberapa serangan ke atas pangkalan udara Ukraine ketika Kiev menunggu penghantaran jet pejuang F-16 yang dijanjikan oleh Barat.

Tahun lepas, Ukraine telah memujuk juruterbang Rusia, Maxim Kuzminov, untuk belot menggunakan helikopter Mi-8 miliknya ke wilayah Ukraine.

Namun juruterbang itu ditemukan maut di Sepanyol pada Februari. Berikutan itu Rusia telah dituduh membunuh musuh di dalam dan luar negara namun negara itu sering menafikan dakwaan berkenaan.

Pada masa sama Kiev juga kerap menuduh Rusia kerana cuba merekrut daripada pihak Ukraine.

Pada Mei, Agensi Keselamatan Ukraine (SBU) telah membongkar rangkaian ejen FSB yang bersiap sedia untuk membunuh Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan menahan dua pegawai negara itu yang dituduh menjadi sebahagian daripada rancangan berkenaan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI