
WASHINGTON, 17 Julai – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera susulan satu lagi siri serangan Amerika Syarikat (AS) dilancarkan ke atas Iran pada Khamis.
- Penduduk kawasan kediaman di Bandar Abbas menjadi mangsa; mereka kini menerima rawatan kecemasan di hospital berhampiran.
- Serangan dilaporkan menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan merosakkan sebuah menara komunikasi di Bandar Abbas.
- CENTCOM berkata serangan malam keenam berturut-turut bertujuan melemahkan keupayaan ketenteraan Tehran, walaupun MoU ditandatangani pertengahan Jun.
Kesemua mangsa yang cedera merupakan penduduk sebuah kawasan kediaman di Bandar Abbas yang turut terkena sasaran serangan berkenaan.
Semua mangsa kini menerima rawatan kecemasan di hospital berhampiran.
Menurut agensi berita separa rasmi Iran, Fars, melaporkan beberapa lokasi di Bandar Abbas, sebuah bandar pelabuhan di selatan negara itu, menjadi sasaran serangan AS pada malam Khamis.
Media Iran melaporkan serangan tersebut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar berkenaan selain merosakkan sebuah menara komunikasi.
Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), tentera negara itu melancarkan serangan baharu terhadap Iran pada Khamis, memasuki malam keenam berturut-turut dalam usaha melemahkan keupayaan ketenteraan Tehran.
Serangan itu berlaku selepas beberapa hari pertempuran antara AS dan Iran yang berterusan meskipun kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada pertengahan Jun.
Menerusi memorandum berkenaan, kedua-dua pihak dijangka menghentikan permusuhan dan memulakan rundingan ke arah mencapai perjanjian muktamad dalam tempoh 60 hari.- REUTERS