
ONTARIO, 17 Julai – Asap tebal daripada kebakaran hutan yang terus marak di barat laut Ontario menyelubungi Lebuhraya 401 di Thames Centre pada Khamis, selain menjejaskan beberapa kawasan di Kanada serta timur laut Amerika Syarikat.
- Kerajaan Ontario memohon bantuan persekutuan, termasuk Angkatan Tentera, untuk operasi pemindahan dan pengurusan bencana.
- Kanada berdepan musim kebakaran semakin serius, ratusan kebakaran aktif, lebih 100 masih belum terkawal.
- Ribuan penduduk utara Ontario dipindahkan sementara asap merosakkan kualiti udara di Toronto dan kawasan timur laut.
Rakaman dron menunjukkan ruang udara dipenuhi asap tebal ketika kebakaran hutan terus merebak di wilayah berkenaan.
Kerajaan Ontario memohon bantuan Kerajaan Persekutuan bagi menyokong operasi pemindahan penduduk dari komuniti terpencil di utara wilayah itu yang diancam kebakaran.
Antara bentuk bantuan yang dipohon termasuk penugasan anggota Angkatan Tentera Kanada bagi membantu operasi pemindahan dan pengurusan bencana.
Kanada kini berdepan musim kebakaran hutan yang semakin serius, dengan ratusan kebakaran masih aktif di seluruh negara dan lebih 100 daripadanya masih belum dapat dikawal.
Asap daripada kebakaran itu turut menyebabkan kualiti udara merosot di Toronto serta sebahagian besar kawasan timur laut Amerika Syarikat.
Ribuan penduduk di utara Ontario telah dipindahkan ketika pihak berkuasa terus berusaha mengawal kebakaran dan melindungi kawasan yang berisiko.- REUTERS