fb fb fb fb fb

Twitter uji ciri baharu butang sunting untuk langganan berbayar

SAN FRANCISCO, 6 April- Media sosial, Twitter umum akan memulakan ujian butang sunting (edit button) untuk perkhidmatan langganan berbayar bulanan.

Keupayaan untuk mengubah suai tweet selepas memadamkannya telah menjadi ciri yang sudah lama diinginkan pengguna di platform media sosial itu.

Ujian ciri suntingan itu akan bermula dalam beberapa bulan akan datang untuk perkhidmatan Twitter Blue, nama yang dipilih oleh ahli Lembaga Pengarah baharu Twitter Elon Musk menerusi undian secara dalam talian.

Menerusi tweet, Musk bertanya sama ada pengguna mahu butang sunting di Twitter. Hampir 4.4 juta undian diperoleh, kira-kira 73% undian menyatakan “ya”.

“Sekarang semua orang menyatakan.. ya, kami telah mengusahakan ciri suntingan itu sejak tahun lepas, tulis Twitter dalam akaun komunikasi firma itu.

“Tidak, kami tidak mendapatkan idea daripada tinjauan pendapat," tambahnya.


(Elon Musk, Ahli Lembaga Pengarah baharu Twitter/AFP)

Firma internet berpangkalan di San Francisco itu berkata, ujian ciri baharu akan bermula beberapa bulan akan datang bagi mengetahui maklum balas perkhidmatan selain pasaran.

Twitter kini dalam persiapan memperkenalkan pelan langganan berbayar, dipanggil Twitter Blue.

Menerusi perkhidmatan baharu itu, beberapa ciri tambahan bakal diperkenalkan, sekali gus membolehkan firma itu menjana pendapatan melalui pengguna tegar Twitter.

Langganan perkhidmatan baharu itu memerlukan pengguna membayar AS$3 atau kira-kira RM12.66 sebulan.

Blue boleh dimuat turun menerusi aplikasi Apple atau Android di Australia, Kanada, New Zealand dan Amerika Syarikat, menurut firma tersebut. -AFP

Media Baharu