YANGON, 13 September- Banjir yang melanda Myanmar akibat Taufan Yagi telah mengorbankan 17 nyawa, menurut kenyataan Jabatan Bomba negara itu.
Bomba memaklumkan 10 mayat ditemukan di beberapa kampung di Yamethin, wilayah Mandalay pada Rabu lepas.
Sehari kemudian, tujuh lagi mayat dijumpai di kawasan sama, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban kepada 17 orang.
Operasi menyelamat dan pemulihan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan bagi membantu penduduk terjejas dan amaran banjir telah dikeluarkan di kawasan lain yang berisiko tinggi untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan jiwa.
Yagi melanda pantai selatan China khususnya wilayah Hainan dan Guangdong pada awal September sebelum bergerak ke arah negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Laos, Thailand, dan Myanmar.
Ia menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa wilayah dengan lebih 200 kematian direkodkan. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Taufan Yagi: Angka korban, hilang di Vietnam meningkat
- Taufan Yagi: Rakyat dinasihat tangguh perjalanan ke Ha Long, Sa Pa
- Taufan Yagi: Angka kematian meningkat 141 orang
- Jumlah kematian akibat Super Yagi meningkat kepada 63
- Taufan Yagi lemah selepas melanda Hanoi
- Taufan Yagi: Presiden China utamakan keselamatan rakyat
- Tiada rakyat Malaysia terlibat ribut Yagi di Filipina
- KLN pantau Ribut Tropika Yagi di selatan China