fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Angka kematian meningkat 141 orang

Foto REUTERS

HANOI, 11 September - Angka kematian akibat Taufan Yagi meningkat kepada 141 orang, manakala 59 orang lagi masih hilang.

Agensi pengurusan bencana berkata insiden itu juga menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk dan menjejaskan perniagaan dan industri.

Kerajaan memberi amaran bahawa banjir menyebabkan Sungai Merah naik dengan cepat dan ancaman banjir di pusat bandar di ibu negara Hanoi.

Media tempatan melaporkan paras air Sungai Merah di Hanoi telah meningkat 10 sentimeter setiap jam.

Beberapa sekolah di Hanoi telah memberitahu pelajar untuk tinggal di rumah sepanjang minggu berikutan risiko banjir, manakala ribuan penduduk yang tinggal di kawasan rendah telah dipindahkan, menurut sumber dan media tempatan.

Hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Yagi telah mencetuskan tanah runtuh dan banjir yang membawa maut di seluruh utara Vietnam.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN