fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh dalam serangan roket Israel di Lubnan

Tiga terbunuh dalam serangan terbaharu Rejim Zionis di Kampung Kfarjouz , Selatan Lubnan. Foto AFP

BEIRUT, 13 September - Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas Rejim Zionis melancarkan serangan roket di Kampung Kfarjouz , Selatan Lubnan.

Perkembangan itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Lubnan yang turut mengesahkan tiga individu lain cedera dalam serangan berkenaan.

Menurut kumpulan Hizbullah, serangan tersebut telah mengorban seorang pejuang mereka, manakala bakinya merupakan orang awam.

Semalam, kumpulan itu mendakwa mereka telah melancarkan serangan roket di beberapa kawasan ketenteraan di Utara Israel.

Sejak Oktober tahun lepas, Israel dan Hizbullah sering berbalas serangan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Sehingga kini 622 penduduk Lubnan dilapor terbunuh dengan 142 daripada jumlah itu adalah orang awam. AFP

Trainee2