fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Presiden China utamakan keselamatan rakyat

Foto REUTERS

CHINA, 7 September- Presiden China, Xi Jinping menggesa usaha bantuan bencana yang lebih giat bagi menangani Taufan Yagi yang melanda wilayah selatan negara itu.

Menurut Jinping, keselamatan rakyat menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau juga mendesak pembaikan segera infrastruktur yang rosak, termasuk sistem pengangkutan, elektrik, dan komunikasi.

Taufan itu menjejaskan lebih 1.2 juta orang di Hainan, Guangdong dan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Ia turut menyebabkan gangguan terhadap bekalan elektrik dan komunikasi, selain memusnahkan beberapa kediaman.

Pada masa ini, sebahagian bekalan elektrik dan komunikasi telah dipulihkan sepenuhnya.

Yagi, taufan ke-11 tahun ini menyebabkan tiga orang terkorban manakala 95 yang lain mengalami kecederaan. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM