fb fb fb fb fb

Taufan Yagi landa Hainan, dua terkorban

Foto AFP

BEIJING, 7 September- Sekurang-kurangnya dua orang terkorban manakala 92 yang lain mengalami kecederaan selepas Taufan Yagi melanda pulau Hainan di selatan China.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ia membawa hujan lebat dan angin kencang melebihi 230 kilometer sejam.

"Taufan Yagi memaksa pemindahan kira-kira 460,000 penduduk di pulau tersebut (Hainan).

"Ia (Taufan Yagi) turut menyebabkan banyak pokok-pokok tumbang dan menjejaskan bekalan elektrik," menurut kenyataan itu.

Menurut stesen penyiar CCTV, lapangan terbang utama di Haikou ditutup sehingga pada pukul 3.00 petang.

Pihak berkuasa di wilayah jiran Guangdong pada Jumaat mengatakan bahawa mereka telah memindahkan lebih 574,000 penduduk ke kawasan selamat.

Taufan Yagi telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang di Filipina pada awal minggu ini.

Taufan tersebut akan menuju ke Vietnam selepas bergerak melalui selatan China, dengan dijangka menjejaskan sekitar tapak warisan UNESCO Halong Bay pada Sabtu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN:  

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM