fb fb fb fb fb

Israel terus serang Gaza, 8 lagi terbunuh

Foto REUTERS

GAZA, 7 September- Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang menempatkan penduduk di Gaza, hari ini.

Serangan yang menyasarkan Sekolah Halima al-Sadia di kawasan Jabalia itu turut menyebabkan 15 orang lagi mengalami kecederaan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan berterusan Israel terhadap Gaza telah mengorbankan 40,939 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekatan berterusan terhadap kawasan berkenaan telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan; menjadikan sebahagian besar wilayah tersebut dalam keadaan musnah.

Israel berdepan tuduhan genosid atas tindakannya terhadap Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM