fb fb fb fb fb

Korban Gaza meningkat 40,939

Foto AFP

GAZA, 7 September- Sekurang-kurangnya 40,939 orang telah terbunuh dalam konflik Israel-Hamas yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah berkenaan termasuk 61 kematian dalam tempoh 48 jam lalu.

"Serangan berterusan Israel terhadap Gaza juga menyebabkan 94,616 orang lagi mengalami kecederaan," menurut kenyataan itu.

Serangan yang kini telah memasuki bulan ke-12 turut memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM