fb fb fb fb fb

KLN pantau Ribut Tropika Yagi di selatan China

Ribut tropika menyebabkan hujan lebat di Filipina/ AFP

PUTRAJAYA, 5 September- Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Guangzhou, sedang memantau dengan teliti perkembangan Ribut Tropika Yagi yang dijangka akan mendarat di selatan China, termasuk Hainan dan Guangdong.

Kementerian tersebut menerusi kenyataan memaklumkan sehingga pukul 3.00 petang waktu tempatan pada 5 September, Ribut Tropika Yagi terletak lebih kurang 350 kilometer selatan-tenggara dari Hong Kong.

"Ia dijangka bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 15 kilometer perjam melintas bahagian utara Laut China Selatan", katanya.

"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh taufan tersebut.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat digalakkan untuk berbuat sedemikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong atau Guangzhou.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong terletak di Tingkat 24, Bangunan Malaysia, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong, China dan boleh dihubungi pada waktu pejabat melalui telefon di (852) 2821 0800, atau di luar waktu pejabat di (852) 2865 1628. Sebagai alternatif, mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, yang terletak di Unit 1912 - 1918, Citic Plaza Office Tower 233 Tian He Bei Road, Guangzhou, China boleh dihubungi pada waktu pejabat melalui telefon di +862 0 3877 0763 / 0766 dan juga boleh dihubungi melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.", menurut kenyataan itu

ROSLINA BINTI DIN